Wednesday, 27 March 2013

TIPS DEZAINER BAHARU

Bila korang dah termasok dalam kancah kerje sebagai pereka grafik, kritikan dan bantuan daripada pakar atau mentor atau org yg berpengalaman adalah sangat penting dalam membantu merealisasi ideologi korang untuk terus maju dalam bidang ni. Kat sini beberapa langkah mudah atau tips untuk sesiapa yang baru dapat projek PERTAMA sebagai pereka grafik atau sape jelah yang xjelas lagi dengan bidang nih…hehee..(p/s : bahasa agak santai, jadi rileks n steady…)

1. KETAHUAN

Sebelum apa-apa kerja pembikinan, korang kena tahu dulu tentang perkakas yang nak dan perlu digunakan dan kesesuaian sopware tuk aplikasi dezain. Buat sketch banyak-anyak pon tak guna kalu tak reti guna sopware-sopware tertentu. Zaman la dah mcm-mcm sopware yang boleh korang guna utk pemudah cara dalam realisasi idea korang. Antara sopware yang tertinggi penggunaannya dalam bidang ni adalah PS (Adobe Photoshop) & AI (Adobe Illustrator). Bukan tu je, malah banyak lagi sopware-sopware berbayar secara SAH utk digunakan. Kalu tak mampu dari segi kewangan, free sopware pon ada; contohnya GIMP sebagai pengganti PS dan INKSCAPE pengganti AI. Selain itu, kalu ada bajet lebih, pergi kelas-kelas atau kursus-kursus yang diadakan pakar. TAK RUGI… “..xpayah pegi pon..semua tu kita dah tawu..”, kata BS (belagak sombong). JANGAN berlagak sombong even korang ada basic dalam bidang ni. Sedangkan PAKAR pon still gi kelas utk mantapkan lagi skill diorang. Jadi terpulanglah atas diri masing-masing tuk pilih jadi BAIK atau YANG TERBAIK..

Korang gak perlu arif tentang WARNA. Setiap fungsi penggunaan warna tu korang kene tahu secara mendalam. Sebagai contoh apa warna yang sesuai utk sesuatu printing atau warna apa yang terbaik untuk dezain laman sesawang (web). RGB(red,green,blu) / MHB (merah,hijau,biru) merupakan warna yang biasa digunakan dalam laman sesawang. Penggunaan RGB ni jelas pada skrin tv,monitor, henpon atau ap je lah gadjet yang berskrin. CMYK (cyan,magenta,yelo,htm) pulak sesuai utk printing. Jadi kalu dezain korang melibatkan aktiviti printing, maka gunakanlah asas warna CMYK untuk bagi hasil yang lebih BOOM (bukan roti bom atau pencuci pakaian).

2.PRINTER ?


Kalu korang bekarya dengan cara melibatkan aktiviti printing, adalah amat penting tuk tahu dengan mendalam segala hal berkenaan tentang operasi sesebuah printer atau pencetak tu. Sebab bende-bende ni boleh beroperasi dalam mcm-mcm keadaan dan situasi. Kekadang klien akan mintak korang tuk tgk sample atau contoh karya yang bakal dihasilkan ataupun khidmat printing secara terus dari korang sendiri contohnya poster sz A4 atau kad bisnes atau kad kawen..jadik, kearifan dalam mengendalikan printer atau pencetak ni sangat penting.

Sebelum tu, korang sendiri perlu ada inisiatif tuk pergi mana-mana kedai yang jual printer atau kedai printing sendiri tuk pantau atau jalankan sedikit kajian tentang cara-cara pengendalian bende nih. Yang PALING PENTING sekali adalah berkenaan cas atau upah bayaran atas khidmat tu.. dengan pengetahuan korang tentang cas printing kat kedai sedia ada makanya dapatlah korang tentukan atau mengatur cas yg bakal korang kendalikan atas khidmat printing yang korang sediakan.

3. JANGAN KERJE PERCUMA


Sebagai orang baru dalam bidang ni, ramai klien yang akan mencuit perot korang tuk dapatkan khidmat korang secara PERCUMA… TAK KIRA kengkawan mahupun keluarga, JANGAN sesekali bagi khidmat secara percuma. Situasi percuma ni akan datangkan kesan yang buruk bila korang buat semakan semula keuntungan serta pembaziran yang telah korang buat..hehee… INGAT !!! kalu korang tak letakkan harga dekat khidmat dan karya korang, maka takkan adalah orang yang akan menghargai karya dan khidmat korang tu…renung-renungkan dan selamat beramal. Selain tu gak, hal percuma ni boleh buat orang ramai bagi tanggapan yang enteng terhadap kerjaya sebagai pereka grafik. “ ..gila apa aku nak kena bayar designer RM1000+ tuk logo macam ni..aku pon bole buat sendiri..” Diorang cakap mcm ni sebab diorang tak tahu berapa lama masa dan pengalaman yang korang amek tuk belajar segala ilmu berkenaan bidang ni… kite bukan lg dalam era yg mana satu logo tu harga rm100 shj (brandin yg da mmg faymes zmn la..nk taw, pm kitorang).

4.SYARAT & TERMA


Walaupun baru, berjinak-jinaklah dengan cara yang profesional. Wujudkan satu dokumen yang sah terma dan syarat setiap kali menjalankan urusan dengan klien. Nyatakan secara jelas berkenaan perjanjian yang bakal ditandatangani oleh pihak korang dan klien supaya apa-apa yang bakal terjadi sepanjang proses perkhidmatan yang korang bagi, ada maklumat dan bukti kukuh..benda ni lah yang boleh bagi keyakinan kat klien dan dapat bantu diorang dalam mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang korang sediakan. HATI-HATI dengan apa yang terisi dalam dokumen tu dan jangan sampai klien dapat tangkap yang korang dak tahu mende dalam dokumen tu. Jadi buat apa yang korng tahu sudah.

5. AMEK MASA UTK KERJE DEZAIN

Disebabkan korang mendapat projek PERTAMA; tak bermakna korang perlu bertungkus lumus 24 jam nak bagi siap mende tu pastu nak hantar kat klien dlm masa sehari..TAK PERLU ye…amek masa korang pikirkan konsep dengan tepat dan teliti, gali sedalam-dalamnya tuk dptkn konsep yg terbaek. Klien minat dengan perkhidmatan dan hasil karya korang, jadi teramatlah perlu tuk korang bekerja keras amek masa tuk mendezain. Klien takkan lari selagi korang berpegang dengan perjanjian yang dah dibuat. Amek masa sebenar-benarnya tuk dapatkan hasil yang DEBBOM (bkn roti bom lg). ENGAT ! keje kelam kabut hasil TAIYIK kalu, cayalah lepas ni korang takkan dapat pegi jauh. Klien pertama korang sama dengan badi yang boleh kekalkan korang dlm bidang nih. Jadi AMEK MASA secukupnya tuk bekarya. Lagi satu jangan malu tuk berkongsi idea dengan pereka grafik lain tentang karya yang dihasilkan sebelum klien tengok..dan dalam perkongsian tu gak, janganlah terasa hati atas kritikan; sebab kebanyakan pereka grafik ni telus dan jujur orangnya. HEHE

6.KOMUNIKA-C


Persembahan yang hebat dalam mempersembahkan dezain korang perlu bergerak seiring dengan dezain yang hebat. Kalu dezain je hebat, tapi skil komunikasi lemah, risiko di mana dezain korang akan diREJECT adalah amat tinggi…toin..toin..toin…jadi jelaskanlah  dengan penuh semangat dan nyatakan impak terhadap perniagaan atau pengurusan sesebuah syarikat tu dengan dezain yang korang buat. Beri keyakinan kepada klien pada tahap yang tertinggi keyakinannya…bagi tahu kenapa warna tu yang korang pilih, kenapa subjek tu yangkorang guna..kenapa..kenapa.kenapa… Atau lepas tu benarkan pihak diorang tuk nyatakan apa-apa soalan berkenaan dezain yang korang buat. Dengan cara tu korang boleh jawab dan bagi penjelasan yang lebih berfokus atas kehendak diorang. ENGAT ! diorang bukan mcm korang jadi banyak bende yang diorang takkan faham mcm mana yang korang faham..faham???
 
7. POSITIF

Sebagai pereka grafik yang baru, korang mesti akan rasa sedikit kecewe atau dalam erti kata lain DOWN kalu set dezain pertama direject klien. JANGAN PUTUS ASA. Amek semua kritikan tu dengan cara yang positif sebagai jalan tuk korang asah lagi skil dezain korang dan pengurusan kerja korang. ENGAT, jambatan P.Pinang tu siap bukan dalam masa sehari sampai mcm-mcm jenis kenderaan boleh jln atas tu. Sedangkan sekarang pon still lagi dibaik pulih diselenggara. Jadinya, tuk jadi yang terbaik, benarkanlah diri korang untuk dibaik pulih hahaa.. jangan pikir korang tahu semua sebab dalam benak hati korang tu katanya tidak… Setiap saat masa kita, kita akan belajar bende baru, jadi jangan takut tuk terima hakikat tu ye. TERUS BELAJAR.

8. KEKALKAN SENYUMAN ;-)


SeeeeNYUM KEPADA SEMUAaaaa….senyum boleh ubah mcm-mcm situasi..masa tengah marah, orang sekeliling senyum, jadi kekok kalu tak senyum gak hahah…dok kat stesen bas sorang, marah tempat tunggu bas pastu senyum, boleh ubah terus seluruh kehidupan kita pastu hahaha… Maka bertempatlah. Jadilah orang yang selalu ceria maka kekallah senyuman tu xperlu dibuat-buat. Dengan senyuman tu gaklah yang dapat bagi pengaruh kat orang sekeliling tuk dekat dengan kita..even muke hodoh,tapi salu senyum, orang akan dekat punya dan Tanya “ kenapa awak macam ni??”….

Macam mana? Korang rasa berguna atau boleh pakai ideologi ni tuk pereka grafik baru dan lama tuk dijadikan panduan? Kalu rasa ada benda yang tak setuju atau penambahan idea lain sila nyatakan pada ruangan komen. Kitorang cuma kanak-kanak biasa yang banyak buat salah dan tak sempurna maka kami tekal mencari jalan tuk mengekspresikan lagi diri kitorang tuk jadi lebih baik. Terima kasih kepada korang yang meluangkan masa tuk baca dengan santai artikel nih. Dan mohon maaf atas penggunaan bahasa yang mungkin pada sesetengah orang kurang gemar dengan corak sebegini tetapi ini cara kami tuk menyantaikan lagi pembaca agar lebih rileks membaca sambil membancoh kopi dan merendam megi…TERIMA KASEH.











No comments:

Post a Comment