Bila korang dah termasok dalam kancah kerje
sebagai pereka grafik, kritikan dan bantuan daripada pakar atau mentor atau org
yg berpengalaman adalah sangat penting dalam membantu merealisasi ideologi korang
untuk terus maju dalam bidang ni. Kat sini beberapa langkah mudah atau tips
untuk sesiapa yang baru dapat projek PERTAMA sebagai pereka grafik atau sape
jelah yang xjelas lagi dengan bidang nih…hehee..(p/s : bahasa agak santai, jadi
rileks n steady…)
1. KETAHUAN
Sebelum apa-apa kerja pembikinan,
korang kena tahu dulu tentang perkakas yang nak dan perlu digunakan dan
kesesuaian sopware tuk aplikasi dezain. Buat sketch banyak-anyak pon tak guna
kalu tak reti guna sopware-sopware tertentu. Zaman la dah mcm-mcm sopware yang
boleh korang guna utk pemudah cara dalam realisasi idea korang. Antara sopware
yang tertinggi penggunaannya dalam bidang ni adalah PS (Adobe Photoshop) &
AI (Adobe Illustrator). Bukan tu je, malah banyak lagi sopware-sopware berbayar
secara SAH utk digunakan. Kalu tak mampu dari segi kewangan, free sopware pon
ada; contohnya GIMP sebagai pengganti PS dan INKSCAPE pengganti AI. Selain itu,
kalu ada bajet lebih, pergi kelas-kelas atau kursus-kursus yang diadakan pakar.
TAK RUGI… “..xpayah pegi pon..semua tu kita dah tawu..”, kata BS (belagak
sombong). JANGAN berlagak sombong even korang ada basic dalam bidang ni.
Sedangkan PAKAR pon still gi kelas utk mantapkan lagi skill diorang. Jadi
terpulanglah atas diri masing-masing tuk pilih jadi BAIK atau YANG TERBAIK..
Korang gak perlu arif
tentang WARNA. Setiap fungsi penggunaan warna tu korang kene tahu secara
mendalam. Sebagai contoh apa warna yang sesuai utk sesuatu printing atau warna
apa yang terbaik untuk dezain laman sesawang (web). RGB(red,green,blu) / MHB
(merah,hijau,biru) merupakan warna yang biasa digunakan dalam laman sesawang.
Penggunaan RGB ni jelas pada skrin tv,monitor, henpon atau ap je lah gadjet
yang berskrin. CMYK (cyan,magenta,yelo,htm) pulak sesuai utk printing. Jadi kalu
dezain korang melibatkan aktiviti printing, maka gunakanlah asas warna CMYK
untuk bagi hasil yang lebih BOOM (bukan roti bom atau pencuci pakaian).
2.PRINTER ?
Kalu korang bekarya dengan
cara melibatkan aktiviti printing, adalah amat penting tuk tahu dengan mendalam
segala hal berkenaan tentang operasi sesebuah printer atau pencetak tu. Sebab
bende-bende ni boleh beroperasi dalam mcm-mcm keadaan dan situasi. Kekadang klien
akan mintak korang tuk tgk sample atau contoh karya yang bakal dihasilkan
ataupun khidmat printing secara terus dari korang sendiri contohnya poster sz A4
atau kad bisnes atau kad kawen..jadik, kearifan dalam mengendalikan printer
atau pencetak ni sangat penting.
Sebelum tu, korang sendiri
perlu ada inisiatif tuk pergi mana-mana kedai yang jual printer atau kedai
printing sendiri tuk pantau atau jalankan sedikit kajian tentang cara-cara
pengendalian bende nih. Yang PALING PENTING sekali adalah berkenaan cas atau
upah bayaran atas khidmat tu.. dengan pengetahuan korang tentang cas printing
kat kedai sedia ada makanya dapatlah korang tentukan atau mengatur cas yg bakal
korang kendalikan atas khidmat printing yang korang sediakan.
3. JANGAN KERJE PERCUMA
Sebagai orang baru dalam
bidang ni, ramai klien yang akan mencuit perot korang tuk dapatkan khidmat
korang secara PERCUMA… TAK KIRA kengkawan mahupun keluarga, JANGAN sesekali
bagi khidmat secara percuma. Situasi percuma ni akan datangkan kesan yang buruk
bila korang buat semakan semula keuntungan serta pembaziran yang telah korang
buat..hehee… INGAT !!! kalu korang tak letakkan harga dekat khidmat dan karya
korang, maka takkan adalah orang yang akan menghargai karya dan khidmat korang
tu…renung-renungkan dan selamat beramal. Selain tu gak, hal percuma ni boleh buat
orang ramai bagi tanggapan yang enteng terhadap kerjaya sebagai pereka grafik.
“ ..gila apa aku nak kena bayar designer RM1000+ tuk logo macam ni..aku pon
bole buat sendiri..” Diorang cakap mcm ni sebab diorang tak tahu berapa lama
masa dan pengalaman yang korang amek tuk belajar segala ilmu berkenaan bidang
ni… kite bukan lg dalam era yg mana satu logo tu harga rm100 shj (brandin yg da
mmg faymes zmn la..nk taw, pm kitorang).
4.SYARAT & TERMA
Walaupun baru,
berjinak-jinaklah dengan cara yang profesional. Wujudkan satu dokumen yang sah
terma dan syarat setiap kali menjalankan urusan dengan klien. Nyatakan secara
jelas berkenaan perjanjian yang bakal ditandatangani oleh pihak korang dan
klien supaya apa-apa yang bakal terjadi sepanjang proses perkhidmatan yang
korang bagi, ada maklumat dan bukti kukuh..benda ni lah yang boleh bagi
keyakinan kat klien dan dapat bantu diorang dalam mendapatkan maklumat tentang
perkhidmatan yang korang sediakan. HATI-HATI dengan apa yang terisi dalam
dokumen tu dan jangan sampai klien dapat tangkap yang korang dak tahu mende
dalam dokumen tu. Jadi buat apa yang korng tahu sudah.
5. AMEK MASA UTK KERJE DEZAIN
Disebabkan korang mendapat
projek PERTAMA; tak bermakna korang perlu bertungkus lumus 24 jam nak bagi siap
mende tu pastu nak hantar kat klien dlm masa sehari..TAK PERLU ye…amek masa
korang pikirkan konsep dengan tepat dan teliti, gali sedalam-dalamnya tuk dptkn
konsep yg terbaek. Klien minat dengan perkhidmatan dan hasil karya korang, jadi
teramatlah perlu tuk korang bekerja keras amek masa tuk mendezain. Klien takkan
lari selagi korang berpegang dengan perjanjian yang dah dibuat. Amek masa
sebenar-benarnya tuk dapatkan hasil yang DEBBOM (bkn roti bom lg). ENGAT ! keje
kelam kabut hasil TAIYIK kalu, cayalah lepas ni korang takkan dapat pegi jauh.
Klien pertama korang sama dengan badi yang boleh kekalkan korang dlm bidang
nih. Jadi AMEK MASA secukupnya tuk bekarya. Lagi satu jangan malu tuk berkongsi
idea dengan pereka grafik lain tentang karya yang dihasilkan sebelum klien
tengok..dan dalam perkongsian tu gak, janganlah terasa hati atas kritikan;
sebab kebanyakan pereka grafik ni telus dan jujur orangnya. HEHE
6.KOMUNIKA-C
Persembahan yang hebat dalam
mempersembahkan dezain korang perlu bergerak seiring dengan dezain yang hebat.
Kalu dezain je hebat, tapi skil komunikasi lemah, risiko di mana dezain korang
akan diREJECT adalah amat tinggi…toin..toin..toin…jadi jelaskanlah dengan penuh semangat dan nyatakan impak
terhadap perniagaan atau pengurusan sesebuah syarikat tu dengan dezain yang
korang buat. Beri keyakinan kepada klien pada tahap yang tertinggi
keyakinannya…bagi tahu kenapa warna tu yang korang pilih, kenapa subjek tu
yangkorang guna..kenapa..kenapa.kenapa… Atau lepas tu benarkan pihak diorang
tuk nyatakan apa-apa soalan berkenaan dezain yang korang buat. Dengan cara tu
korang boleh jawab dan bagi penjelasan yang lebih berfokus atas kehendak diorang.
ENGAT ! diorang bukan mcm korang jadi banyak bende yang diorang takkan faham
mcm mana yang korang faham..faham???
7. POSITIF
Sebagai pereka grafik yang
baru, korang mesti akan rasa sedikit kecewe atau dalam erti kata lain DOWN kalu
set dezain pertama direject klien. JANGAN PUTUS ASA. Amek semua kritikan tu
dengan cara yang positif sebagai jalan tuk korang asah lagi skil dezain korang
dan pengurusan kerja korang. ENGAT, jambatan P.Pinang tu siap bukan dalam masa
sehari sampai mcm-mcm jenis kenderaan boleh jln atas tu. Sedangkan sekarang pon
still lagi dibaik pulih diselenggara. Jadinya, tuk jadi yang terbaik,
benarkanlah diri korang untuk dibaik pulih hahaa.. jangan pikir korang tahu
semua sebab dalam benak hati korang tu katanya tidak… Setiap saat masa kita,
kita akan belajar bende baru, jadi jangan takut tuk terima hakikat tu ye. TERUS
BELAJAR.
8. KEKALKAN SENYUMAN ;-)
SeeeeNYUM KEPADA
SEMUAaaaa….senyum boleh ubah mcm-mcm situasi..masa tengah marah, orang
sekeliling senyum, jadi kekok kalu tak senyum gak hahah…dok kat stesen bas
sorang, marah tempat tunggu bas pastu senyum, boleh ubah terus seluruh
kehidupan kita pastu hahaha… Maka bertempatlah. Jadilah orang yang selalu ceria
maka kekallah senyuman tu xperlu dibuat-buat. Dengan senyuman tu gaklah yang dapat
bagi pengaruh kat orang sekeliling tuk dekat dengan kita..even muke hodoh,tapi
salu senyum, orang akan dekat punya dan Tanya “ kenapa awak macam ni??”….
Macam mana? Korang rasa
berguna atau boleh pakai ideologi ni tuk pereka grafik baru dan lama tuk dijadikan
panduan? Kalu rasa ada benda yang tak setuju atau penambahan idea lain sila
nyatakan pada ruangan komen. Kitorang cuma kanak-kanak biasa yang banyak buat
salah dan tak sempurna maka kami tekal mencari jalan tuk mengekspresikan lagi
diri kitorang tuk jadi lebih baik. Terima kasih kepada korang yang meluangkan
masa tuk baca dengan santai artikel nih. Dan mohon maaf atas penggunaan bahasa
yang mungkin pada sesetengah orang kurang gemar dengan corak sebegini tetapi
ini cara kami tuk menyantaikan lagi pembaca agar lebih rileks membaca sambil
membancoh kopi dan merendam megi…TERIMA KASEH.







